Bila setotet let, gerek dan sekolah gambar diucapkan....

Pengalaman guru Bahasa Melayu semasa memberi peperiksaan lisan peringkat O, N dan NT memang memenatkan. Bayangkanlah setelah penat mengajar di sekolah setengah hari suntuk selama sekurang - kurangnya 5 jam, kita terpaksa pula duduk berhadapan dengan pelajar dengan tujuan menguji kepintaran, kelancaran mereka berbahasa. Mengantuk, bosan dan paling teruk sekali lembab rasa masa berlalu. Tidak dapat dinafikan bahawa ini sebahagian daripada tugas seorang guru, namun masih ramai yang bersungut.
Bagi diri Cikgu, tugas ini tidak dapat dielakkan. Oleh kerana Cikgu suka memandang semuanya ke arah positif, Cikgu selalu mencari idea untuk menghapuskan bosan dan boring yang melanda semasa memberi ujian lisan. Apa yang Cikgu buat ? Ahh selain daripada menguap ( ini tidak dapat dielakkan) Cikgu suka berjenaka dengan pelajar. Sebenarnya bukan berjenaka, tapi untuk meringankan beban dan gementar pelajar yang pertama kali menatap rupa Cikgu nan jelita ini.
Tapi, tiada lebih menarik dan menghilangkan ngantuk daripada mendengar ujah-ujahan yang menarik tetapi lucu. Seperti seorang pelajar yang berkata " pelajar Singapura yang minat pada seni tu setotet let... " dan dia sambung lagi , " senikan gerek..." dan sambung lagi, "kita patut ajak murid pergi sekolah gambar.." Rasa nak meletup dada Cikgu tahan tak mahu ketawa. Takkan pelajar tu tidak tahu peperiksaan peringkat O tidak boleh menggunakan slanga seperti itu. Takkan pelajar itu pun tidak tahu, sekolah gambar tu muzium... ai, macam mana Cikgu hendak memberi markah penuh, semua yang dikatakan macam perbualan dengan rakan sepejuangannya. Sungguh tidak class gitu...
Cubalah ingat wahai anak didik Cikgu, semasa peperiksaan semuanya mesti formal, kalau tidak hmmm.... rugi.

1 Comments:
Cikgu!!!Check blog saya for more details. Important...
Post a Comment
<< Home